I am your Shaklee Independent Distributor at Hulu Selangor, Selangor. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 854345| eina_gie@yahoo.com| sms/whatsapp 0192780131| |FB Page : Sihat Itu Menawan

Tips Kesihatan & Pelbagai Cerita Bersama Suplemen Semulajadi .. Jom klik 'LIKE' page Sihat Itu Menawan

Pelbagai Tips Kesihatan dan Suplemen Semulajadi Khas Buat Anda

"Menyimpan untuk membina kekayaan. Agar kekayaan harta semakin meningkat tiap hari.Niat = doa. Maka, oleh sebab itu, niat yang tepat dan betul. Dengan izin Allah, ia jadi kenyataan. Simpan walau 10 sen tiap hari. Ini adalah impak konsisten menyimpan walau sedikit.Tiada istilah lambat.Yang penting, mulakan!" Boleh dptkn Lagi info dan Tip disini Rezeki Bertimpa - Timpa


Friday, 17 August 2012

Tips Mengenalpasti Botol Susu BPA


Sejak Kementerian Kesihatan mencetuskan isu pengharaman botol susu bayi yang mengandungi BPA, masyarakat mula panik dan menjadi kelam-kabut seketika, terutamanya ibu bapa yang bergantung kepada penggunaan botol susu kepada anak mereka. Selepas pengumuman itu dibuat, bahagian botol bayi di pasar raya-pasar raya mula menjadi perhatian mereka. Masing-masing risau dan mula mencari jenis botol yang dimaksudkan, mahupun alternatif kepada botol BPA.



Sebagai orang biasa, yang 'tidak mempunyai kuasa', apa pula tindakan kita? Adakah terus pasrah dengan botol yang ada, kerana lebih murah dan sesuai dengan bajet bulanan yang sentiasa mendesak? Bagaimana pula dengan soal risiko kesihatan anak, waris generasi kita pada masa hadapan? Bukankah kita mempunyai 'kuasa pembeli'?

Berikut, saya kongsikan tip-tip mudah bagi mengenal pasti sama ada botol itu mengandungi bahan BPA ataupun tidak.

Botol susu yang mengandungi BPA:

1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam 'wagon'
5. Tiada label 'BPA FREE' pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat 'nombor 7' dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.

Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:

Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas 'bahan makanan' manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan 'BPA Free', tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan 'sarang' telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan 'pakai buang'. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai 'Plastik Beracun' kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.

Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:

1. Terdapat label pembungkusan 'BPA Free'
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free

Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4

Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.

credit : ibuhebatkan

Jadi buat para ibu pastikan penggunaan botol yang FREE BPA ya.. bukan untuk sesiapa tapi untuk keselamatan anak2 juga =)

2 comments:

zainul zaki said...

thanx untuk info,, amat berguna,,, slamat hari raya aidilfitri..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

nice info :)

selamat hari raya kak, saya mintak maaf banyak2 ye :)


Jom JOIN KAMI Menjana PENDAPATAN TAMBAHAN!!!





Saya adalah dibawah Group Euphoria.. Dan saya juga menjana pendapatan Tambahan dengan Shaklee melalui group ini.. Apa yang BEST nye Group kami ni :

1) Upline yang berdedikasi
2) Jaringan Kumpulan Shaklee yang kuat
3) Plan Pemasaran syarikat yang adil
4) Rangkaian produk yang terbukti berkesan
5) Berpeluang menyertai Umrah, Ziarah dan trip antarabangsa dgn layanan bertaraf antarabangsa
6) BONUS yang diberikan sangat2 membantu dan terasa dihargai oleh pihak syarikat

Sesungguhnya bisnes Shaklee ni bukan sahaja menyeronokkan, malah Menggujakan.. Shaklee sesungguhnya telah merubah hidup kami sekeluarga dari pelbagai aspek kehidupan (^__^)

Tiada yang Mustahil dlm bisnes ini. Shaklee kini menjadi Fenomena. Semua bercerita tentang Shaklee..
Rebutlah Peluang ini !!
Yang paling utama, jom kita bersama2 menaiktaraf ekonomi keluarga kita agar sihat, kaya dan Berjaya di dunia dan akhirat. Jalan telah tersedia ada.. yang tinggal usaha anda sendiri untuk bergerak lebih maju kehadapan !!
Yakin Diri.. anda pasti BOLEH !!

Jom hubungi saya dan ketahui caranya.. Jika kita masih terpikir2.. ketahuilah orang lain sudah maju selangkah kehadapan.. merebut PELUANG !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...