I am your Shaklee Independent Distributor at Hulu Selangor, Selangor. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 854345| eina_gie@yahoo.com| sms/whatsapp 0192780131| |FB Page : Sihat Itu Menawan

Tips Kesihatan & Pelbagai Cerita Bersama Suplemen Semulajadi .. Jom klik 'LIKE' page Sihat Itu Menawan

"Menyimpan untuk membina kekayaan.Agar kekayaan harta semakin meningkat tiap hari.Niat = doa. Maka, oleh sebab itu, niat yang tepat dan betul. Dengan izin Allah, ia jadi kenyataan. Simpan walau 10 sen tiap hari. Ini adalah impak konsisten menyimpan walau sedikit.Tiada istilah lambat.Yang penting, mulakan!" Boleh dptkn Lagi info dan Tip disini Rezeki Bertimpa - Timpa


Wednesday, 30 January 2013

Akhirnya..Susu Formula S26 lah yang terbaik..




Akhirnya..  baby azfar pun sudah tak fullbreastfeeding dgn saya.. huhuhu.. saya masih ingat lagi betapa sungguh kuat tekad untuk mencuba full breastfeeding dengan kelahiran Azfar ni.. dan masih ingat lagi cukup 8 bulan lah sepenuhnya dia breastfeeding..
dan bulan2 seterusnya dah campur dengan macam2 susu formula..

Bila saya tak dapat berikan si adik kelebihan susu ibu semaksimum mungkin sehingga umurnya dua tahun, sebagai ibu bapa, kami cuba mencari susu formula yang terbaik di pasaran. Tak kisah la mahal ke murah ke.. hampir kesemua susu formula saya dah test..test kena test sbb masalah utama adik ni adalah sembelit.. kesian bila terpaksa tengok dia membuang sampai merah2 padam muka dia.. huhu.. dari yang paling murah sampai lah yang paling mahal.. akhir nya jumpa lah juga susu yang sesuai ni.. susu Dumex Mamil Gold.. nama pun dah Gold kan.. harga pun boleh tahan la.. hehehe




Ada 2 jenis Mamil Gold mengikut usia kanak-kanak iaitu: 
Mamil Gold 3 untuk 1-3 tahun 
Mamil Gold 4 untuk 3-10 tahun 


Lagi pun susu Mamil Gold ni baik untuk penghadaman perut kanak-kanak dan baik untuk usus mereka juga. Dan susu ni mempunyai nutrien-nutrien penting dan juga IMMUNOFORTIS kerana ia dapat membantu mempertahankan daya ketahanan semulajadi.. Masa guna susu ni mmg sesuai sangat dgn si adik.. masa ni ade 4 step..

tapi bila sekarang yang terbaru dah tukar kepada 3 Step ( Ibu Mengandung, 1-3 tahun dan
3 thn keatas ).. dah jadi masalah pula.. Susu Dumex yang baru ni x sesuai pula.. dan lagi sekali si adik mengalami sembelit yang teruk.. huhuhu.. cian anak ibu ye..

Akhir nya nak tak nak terpaksa la cuba pula S26.. sebelum ni tak nak cuba s26 bukan apa.. sbb tak de tanda Halal Malaysia kan.. so mmg ragu2 la pula nak cuba susu ni.. tapi akhirnya dah search punya search.. so confirm la walaupun susu S26 ni tanda Halal Singapura tapi Halal juga untuk kegunaan di Malaysia.. haaa legaa.. tak caya..
 Ble tanya JAKIM.. hehehe (^__^)





Ini lah susu kakak dan si adik sekarang (^__^)


Dan yang bestnya susu ni tak sangka plak boleh menaikkan berat badan si adik sebulan sekilo.. gitu.. sebulan sekilo.. mungkin anak org lain naik berkilo2 kan.. tp si adik ni mungkin keturunan kut.. sbb kakak dia dulu pun naik berat sikit2 .. sebulan 200 gram gitu.. adik pun camtu gak.. sebulan 200 - 300 gram je naik.. smp letih la setiap bulan g klinik checkup..jumpa doktor pakar lah.. doktor pakar pemakanan la.. puas juga lah jumpa mcm2 doktor huhuhu.. setiap bulan nak citer pun benda yang sama je lah.. isk isk isk..

Apa pun kita tgk lah pula next month camne plak ngan berat adik ni..adakah masih naik sekilo atau jeng..jeng..jeng.. cuma mmg sejak minum susu ni adik senang nak membuang.. tak la sembelit.. selang sehari je mesti nak membuang.. kira ok lah tu.. apa pun ibu tetap harapkan anak-anak ibu terus membesar dgn sihat.. insya allah (^__^)







Si adik yang dah berisi sikit.. (^__^)


4 comments:

Mrs Velentine said...

bam bam nya adik

Iena Gie said...

hehehe.. la ni baru nak nmpak bam bam skit.. kalau tak tu..halus jek mcm lidi huhu..

Shafini said...

Assalam. Sy cari post mengenai status halal susu s26 so tejumpa kt blog awak. So awak dh confirmkan dgn jakim lah ye? Takut bila org ckp psl xhalal tu

Anonymous said...

Assalam...setahu saya, tanda halal singapore lg ketat dari malaysia....itu yg kawan saya bg tau....anak saya gunakan s26 pe 0-6 bln....penah try tukar anmum...tp merengek satu hari...kelam kabut beli s26....pastu baru ok